Ciri fizikal Mangga

Pokok Buah Mangga adalah pokok besar yang mencapai 35-40 meter (115-131 kaki) tingginya, dengan jejari silasinya sebanyak 10 meter (33 kaki). Ciri-ciri fizikalnya adalah seperti berikut:

  • Daun: Malar hijau, berselang-seli, dan mempunyai bentuk mudah, dengan panjangnya sebanyak 15-35 sentimeter dan lebarnya 6-16 sentimeter. Ketika muda, warnanya jambu merah-jingga, tetapi berubah dengan cepatnya menjadi merah tua berkilat, dan kemudiannya hijau tua ketika matang.
  • Bunga: Berbentuk bulir hujung, dengan panjangnya sebanyak 1-040 sentimeter. Saiz setiap bunga kecil sahaja dan berwarna putih, dengan lima kelopak sehingga 5-10 milimeter panjangnya. Bau bunga ini sedikit harum seakan-akan bau bunga lili. Selepas kelopak bunga luruh, buahnya memakan masa 3-6 bulan untuk masak.
  • Buah: Merupakan pepauh. Apabila masak, buah ini terjuntai-juntai dari dahan dengan tangkai yang panjang. Saiznya berbeza-beza antara 10-25 sentimeter panjangnya, dan 7-12 sentimeter diameternya. Beratnya sehingga 2.5 kilogram. Warna buah yang masak berbeza-beza antara warna kuning, jingga, atau merah pada sebelah yang menghadapi matahari, dan warna kuning pada sebelah yang teduh. Warna hijau biasanya menunjukkan bahawa buah itu masih belum masak, tetapi ini bergantung kepada kultivarnya. Apabila masak, buah ini memberi bau macam damar yang sedikit wangi.
  • Biji: Satu biji tunggal yang leper, dan berbentuk empat segi panjang, dengan saiz 4-7 sentimeter panjang, 3-4 sentimeter lebar, dan 1 sentimeter tebal. Bergantung kepada kultivarnya, biji ini berserabut atau licin pada permukaannya. Tebal kulit biji sebanyak 1-2 milimeter dan di bawah kulit ini, terdapat satu lapisan nipis bak kertas yang melitupi biji tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Mangga http://www.plantnames.unimelb.edu.au/Sorting/Mangi... http://10netstreet.com/Mango_net/Cultivar_List.htm... http://www.cuisinecuisine.com/Mango%20Ice-Cream.ht... http://www.hort.purdue.edu/newcrop/morton/mango_ar... http://appft1.uspto.gov/netacgi/nph-Parser?Sect1=P... http://agrolink.moa.my/doa/bdc/fruits/mangga/mgote... http://www.horticultureworld.net/cultivars.htm http://www.horticultureworld.net/mango-researches.... http://www.crfg.org/pubs/ff/mango.html http://www.npr.org/templates/story/story.php?story...